Sunday, February 02, 2014

The Tulisan Kedua


Blurb belakang buku :


begini saja, kau tunggu di sana dan aku tunggu di sini

Airis cuma gadis biasa yang cuba untuk senyum kembali selepas luka dulu. Dalam mencari senyum yang hilang, dia berjumpa dengan dia si pencuri hati dan dia si pencair hati. Dia yang mana menjadi punca senyuman di bibir selama ini?

Luth sentiasa ada yang mengejar dirinya. Tapi dalam diam, dia hanya mengejar seorang itu. Ya, seorang itu sahaja. Namun, sekuat mana pun dia mengejar, keluarga tetap menjadi keutamaan.

Akid punya senyuman pencair hati gadis. Cukup dengan senyum, si gadis pasti miliknya. Dan dengan senyuman itu, dia mencuba nasib untuk mencuri hati gadis yang itu. Tapi dalam dia cuba memikat gadis itu, ada perkara lain yang dia jumpa. Antara Pencipta dan yang dicipta, yang mana satu dia perlu dahulukan?

Walaupun dia, dia dan dia berlainan karakter, tapi mereka menyembunyikan satu rasa... rasa ingin dicintai. Namun, adakah rasa itu berbalas oleh pihak yang satu lagi?

*******

Nukilan kedua daripada SYASYAJA ini bercerita tentang mereka yang menyimpan rasa pada si dia dalam diam dengan bahasa yang santai dan menghiburkan.



Alhamdulillah, kini Tulisan Kedua sudah boleh dipesan secara rasmi melalui laman web Jemari Seni. Kalau ada yang nak (kalau ada) signature penulis, boleh nyatakan di bahagian customer note.


Okey, selamat membaca dan semoga terhibur !

1 comment:

  1. Saya dah beli buku ni. Simple yet sweet. Senyum pencair hati tu sungguh sangat mencairkan. Nak signnn! (:

    -ailoveyay

    ReplyDelete