Friday, January 01, 2016

Twenty Fifteen



Twenty fifteen. Terlalu banyak yang jadi sepanjang tahun ni dan terlalu banyak untuk dikongsikan. Kalau nak dikongsikan semua, tak cukup masa.

The obvious, I travel a lot this year. Travel, make and meet new friends. They said "you can always make money but you can't make memories". Couldn't agree more.

Made the biggest and hardest decisions of my life which don't fond some of the people around me. Truth does hurts. Deal with it or ignore it, your choice. Mine was deal with the hurts. Manisnya akan datang nanti nanti.

"If you can learn from the worst times of your life, you will be ready to go into the best times of your life."

Dear self, making mistakes does not mean you're a failure. It just means you're trying and learning in life.

Goodbye, twenty fifteen.

Hello, twenty sixteen. 

Sunday, October 04, 2015

Memori Semanis Gula


Hai Cik Sayang, 

Dulu asalnya awak cuma pembaca tegar blog saya. Setiap entry mesti ada komen daripada awak. Daripada berbalas komen dekat blog, kita berbual through Yahoo Messenger pulak.

Awak ingat tak, bila first time kita jumpa? It was during PBAKL 2012, masa tu my first baby- Senyum Sampai Langit baru terbit. Masa tu saya datang dengan adik saya and awak pun datang dengan kawan. Kita makan dekat Chicken Rice Shop tingkat bawah The Mall tu. Awak ingat lagi tak? At first, saya cuak gila nak jumpa awak sebab saya tak reti macam mana nak berbual in person (I'm sucha weirdo right?). Tapi awak pandai control situation dengan sifat awak yang bubbly and friendly tu. Tak rasa awkward langsung. Lepas tu kita terus click.

Awak ingat lagi tak, masa awak sambung ACCA dekat sini? Kita selalu jumpa whenever we have free time? Kalau mak awak bukak booth je mesti kita jumpa lepas tu makan-makan. Kita ni kalau jumpa je mesti makan, kan? Haha. 

Awak ingat lagi tak, masa first time kita keluar berlima? Awak, saya, Lila, Nirro and Jatek. Ingat tak incident kena saman sebab tak bayar parking? Setiap kali teringat mesti saya akan gelak sorang-sorang. Jenuhlah kita berlima pusing satu PJ cari MBPJ sebab nak bayar saman punya pasal.

Awak ingat lagi tak, awak pernah tanya saya suka macam bread pudding tak? Bila saya cakap saya tak pernah makan bread pudding, awak gelak. And what surprised me, you brought bread pudding the next day we met. Bila saya cakap bread pudding tu sedap gila, awak cakap sebab awak buat dengan penuh kasih sayang.

Awak ingat lagi tak, masa awak datang wedding kakak saya on June last year? You came all the way from Shah Alam to Taman Melawati just to fulfill my invitation and to make me happy. You really awww-ed me, Cik Sayang.

Awak ingat lagi tak, masa saya datang raya rumah awak last year? When I saw Airis next to your bed, it made me cry. You said Airis is one of your favorite sebab awak pun #teamakid macam saya. Awak cakap awak suka watak Akid tu. Saya pun suka!
   
Awak ingat lagi tak, masa awak dengan Pitak datang beraya dekat kebun saya? You two came all the way from Shah Alam (again) to Rawang. Kesian korang sampai sesat-sesat. But you two made my day. Even though penat, bila tengok korang terus hilang penat. Betullah orang cakap, bila kita tengok orang yang kita sayang, penat pun boleh hilang.

Awak ingat lagi tak, masa saya tunjuk gambar hijab revival tu? Bila saya cakap it's time for wardrobe make-over, awak happy sangat masa tu. Bila saya cakap saya takut saya tak boleh nak consistent, jawapan awak buat saya senyum. Awak cakap "Allah bukan macam manusia yang hanya nak tengok the last result. Allah tengok usaha awak, Dia tahu betapa struggle-nya awak. It's okay to take baby steps, one step at a time as long as you keep doing it. Bila dah jadi rutin, awak tak akan rasa awkward lagi."

Awak ingat lagi tak, masa kita pergi Singapore to attend Nir's wedding? At first masa awak cakap you couldn't make it, saya sedih sangat. Tak tahulah kenapa tapi saya memang teringin nak jalan-jalan dengan awak. And He fulfilled my wish. Saya dapat jalan-jalan dengan awak. Kalau takde awak dengan Dee, rasanya saya dengan Jatek boleh sesat dekat sana. You two are the best map reader!

Awak ingat lagi tak, masa kita dekat Universal Studio Singapore tu? Yang masa saya beria gila nak naik Battlestar Galactica tu? Mula-mula awak macam tak nak naik tapi lepas kena pujuk, awak temankan jugak saya naik. Sangguplah beratur panjang sejam. Lepas tu, kena pulak tadah telinga dengar saya menjerit macam nak terkeluar anak tekak. Haha, it's one of the best moment in my life.

Awak ingat lagi tak, masa saya, Jatek and Nirro datang rumah awak hari tu? Kesian awak rushing balik rumah. Sempat goreng nugget dengan buat cocktail pudding (saya tak tau apa nama dessert yang awak buat tu, sorry) yang sedap gila tu je. Tak sangka, that was our last meeting.


"salam.. atikah now dekat icu demc sebab asthma semalam. Heartbeat dia terhenti sekejap semalam.. doktor terpaksa komakan dia for 48 hours nak tengok progress paru-paru ika. Doakan untuk ika yaa."

Masa saya dapat mesej ni, serious saya tak tahu nak buat apa. Luruh jantung. I'm clueless and speechless. Benda pertama yang saya buat, saya forward mesej ni dekat Awesome Five. 

Sayu hati bila tengok Cik Sayang saya yang selama ni bubbly and happy-go-lucky, terbaring dengan wayar dan tiub berselirat. Mak saya pesan kuatkan semangat, insyaAllah kalau kita semua kuat, awak akan kuat sekali. Saya tahu awak boleh rasa kita orang datang petang tu, kan?

Kita semua sayangkan awak, Cik Sayang tapi Allah lebih sayangkan awak. Walaupun kita semua doa supaya awak disembuhkan, tapi tu bukan yang terbaik untuk awak. Awak pergi dalam husnul khatimah. Dia lebih sayangkan awak, Cik Sayang. 

Saya bersyukur dalam berjuta umat manusia, Allah gerakkan hati kita berdua untuk berkawan. Saya yakin Allah pertemukan saya dengan orang-orang yang baik supaya saya pun boleh jadi baik. Saya bersyukur Allah pinjamkan awak untuk berkawan dengan saya walaupun sekejap. 

Lepas ni dah takde awak yang nak bacakan setiap cerita yang saya tulis. Lepas ni dah takde awak yang nak head-over-heel dengan setiap watak dalam tulisan saya. Lepas ni dah takde awak untuk mesej "good morning cik sayang" setiap pagi.  

Lepas ni dah takde awak untuk mesej "cik sayang sorry reply lambat. Saya ada usrah tadi." Saya tak pernah terasa hati pun kalau awak reply lambat, I know how busy you are. And I know I have to share you with the others.

Lepas ni dah takde awak nak pujuk kalau saya merajuk walaupun awak tak pandai pujuk pun. Hahaha. Lepas ni dah takde awak yang nak dengar saya membebel-meroyan-merungut berjam-jam. Lepas ni dah takde awak yang nak suruh saya terus kuat.

Lepas ni dah takde awak nak ingatkan saya "jangan buat keputusan when you're too happy or too angry."

Lepas ni awak dah takde dengan saya.

They said it's okay to cry if it that makes me better. Diorang cakap walaupun kita dah tak boleh nak communicate macam biasa, saya still boleh doa untuk awak. Doa tu senjata paling kuat, kan. Doa is the best way for us to express how much we miss you, kan Cik Sayang? 

I know it wouldn't be easier for us to face the fact that you're not here with us anymore. But time will help us to be stronger to face the fact. 

  
Nur 'Atikah Mohd Nor
06021991 - 02102015


Nur 'Atikah Mohd Nor, you will always be my cik sayang, my favorite. Saya akan cuba untuk jadi kuat macam awak. Dan saya akan ingat setiap pesanan awak sampai bila-bila. Saya doakan awak tenang-tenang ya dekat sana. Moga kita dapat jumpa di syurga nanti.

Al-Fatihah.


Allahu, rindunya saya dekat awak. 

Saturday, August 29, 2015

Hashtag busyrabakgila



Dulu aku ingat zaman belajar dah cukup busy.
Tidur pukul dua-tiga pagi nak siapkan assignment, benda biasa.

Rupanya,
Bila dah kerja lagi sepuluh ganda kali infiniti dia punya busy.




Wednesday, November 12, 2014

#RepeatMode


currently, glued to this adult-fantasy novel. 
and please put the blame on Jace.

why do you have to be so cocky, troubled, conflicted yet charming at the same time?
That's what makes you the perfect love interest, no?


When you're one with the one you were meant to be find
Everything falls in place, all the stars align
When you're touched by the cloud that has touched your soul
Don't let go - Heart by Heart; Demi Lovato


Saturday, October 18, 2014

Hint #1


"Kau kenapa?"
"I think.." Jeda. "I scared him off."
"Kau buat apa pulak ni?"
Angkat bahu. "After 3 conversations."
Tarik nafas. Lepas. Geleng kepala. Dalam hati, kenapa kau tak pernah buat benda yang sama dekat aku?