Sunday, August 04, 2013

Repeat After Me


Repeat after me
"I AM FREE"


Maaf, tiga minggu yang lepas agak busy. Ada kursus. Kursus yang ada exam. Dua paper pulak tu. *pengsan*

In order nak dapatkan certificate yang mahal gila tu, kenalah pass dua-dua exam. Untuk pass bukannya benda senang. Dah kalau passing marks 700 over 1000 senang apanya tu.

Bak kata instructor yang super awesome tu, takkan setakat nak pass selepas tiga minggu bertapa dalam kelas. Buat penat je ulang-alik hari-hari, puasa pulak tu.

Okey, bosan pulak cerita pasal ni. Tapi korang baca je la eh.

Meh nak share sikit rules and regulations yang super pelik ni ha.

Nak masuk exam, tak boleh bawak apa-apa pun kecuali kad pengenalan dan student id sahaja. Segala macam jam, cincin, handphone, gelang hatta card holder yang transparent tu pun tak boleh dibawa masuk.

Masuk-masuk exam lab, benda pertama yang kena buat adalah sign di registration form. Lepas tu, ada sesi tanda tangan yang macam nak buat account bank tu. Alah, yang kena sign atas security pad tu. Selagi sign tu tak sama dengan signature atas attendance form, selagi tu la kau kena sign. Dah habis sign, kena ambik gambar pulak. Berposinglah kami semacam model iklan passport.

Dah settle semua, baru kami dibawa ke workstation masing-masing untuk jawab exam. Dah siap jawab semua soalan dan survey, selepas menekan button 'submit', tiga saat lepas tu... Dang! Terus dapat result.

Kalau pass, memang masa tu nak melompat dan menjerit dalam exam hall. Kalau tak pass, memang air mata terus mengalir bak sungai lah.

Alhamdulillah, saya pass untuk dua-dua exam. Rezeki Ramadhan :')

1 comment: