Monday, June 24, 2013

#Buku


Tajuk : Kot Putih -Sebuah Novel-
Penerbit : Majlis Mahasiswa JUST
Mukasurat : 380
Harga : 7 JD


Terima kasih buat Si Casper yang jauh di Irbid, Jordan sana sebab hadiahkan buku ni. Apa yang menariknya buku ni ? Banyak. Buku ini adunan cerita oleh sembilan orang pelajar perubatan tahun akhir di Jordan University of Science and Technology (JUST), Jordan.

Apa jadi bila perubatan dan sastera bergabung?

Jujur aku kata, dalam ni memang banyak gila term medic yang semestinya aku tak faham. tapi apa the hal, tak faham boleh tanya kawan, kawan busy? tanya encik google yang baik hati. 

Buku ni berkisar tentang 5 orang pelajar Medic; Aki, Amran, Pit, Sofeya dan Imah. Latar belakang, hospital sekitar Irbid Jordan.

Daripada hasil pembacaan, apa yang aku boleh cakap, medic itu cuma penghias cerita. Kau tak perlu jadi budak medic untuk rasa betapa peritnya jadi budak medic. Apa yang penting, isi dalam tu. Apa yang nak disampaikan.

Dalam ni banyak mengajar aku apa itu erti bangun selepas jatuh. Hanya orang yang pernah jatuh je faham perasaan tu. Sakitnya jatuh tu, mematangkan bukan sekadar bagi luka dan kudis hodoh.

Apa yang nak dibuat apabila tersepit dalam dua situasi berbeza; dalam perang minat dan kesabaran. Tak perlu selalu ada kalah dan menang, tak semestinya hanya perlu pilih satu. Minat tu boleh jadi rangka, yang merangkakan kesabaran.

Kita tak tahu apa yang bakal jadi esok, lusa dan hari-hari selepasnya. Sama ada kita akan terus berada dalam penjara minat atau terus bebas dengan kesabaran.

Apa yang kita perlu tahu, tangan kita-manusia hanya mampu capai setakat hari ni. Kita sendiri yang akan mengemudi kapal kehidupan, tapi dalam masa yang sama, yakinlah kapal yang kau kemudi tu tetap dipandu bayu Tuhan.

*senyum*

kata mereka berlima


 Tanya pada diri kau sendiri;
"salah ke jadi baik sampai ada orang tak suka?" (Adam Fitri; Pit)


*tak pasti pulak kalau naskah ni boleh didapatkan lagi atau tidak. Untuk sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Auriss Haira; email atau blog

0 comment(s):

Post a Comment