Aku ni bukannya siapa-siapa pun. Entah-entah kalau berselisih bahu
masa berjalan pun, kau tak akan perasan siapa aku ni. Kerdilnya aku ni. Kadang
tu, orang anggap aje aku ni macam tak pernah wujud. Tapi aku kisah apa.
Sekerdil aku, aku nampak apa yang orang lain tak nampak. Sebab aku lihat, aku
dengar apa yang orang lain tak pernah kisah.
Kau
Kau, center of attraction. Atau, center of attention? Ah, dua-dua
pun sama aje. Apa yang penting, kau gilakan perhatian. Langsung kau tak kisah
bila orang labelkan kau ini Attention Seeker. Sebab bagi kau, semua orang layak
diberi dan mendapat perhatian.
Dia
Dia tu pulak, gilaan ramai. Sana sini orang sibuk bercakap perihal
dia. Yang baik ada, yang kurang baik pun ada. Tapi dia buat endah tak endah je.
Sebab dia tahu, dia tak akan dapat puaskan hati semua orang. Hati orang bukan
senang nak jaga, babe.
Walaupun aku, kau dan dia berlainan karakter tapi . . .
Tapi kami punya satu hati, satu rasa.
Kami tahu macam mana perasaan ada rama-rama terbang dalam perut.
Kami tahu macam mana dupdap dupdap jantung macam nak terkeluar dari badan. Kami
tahu macam mana rasa hilang perkataan, hilang ayat untuk bercakap.
Ini semua gara-gara dia si pencuri hati.
Wahai si pencuri hati, tolong buktikan setiap perkataan yang kau
ucapkan itu seperti yang kau maksudkan. Tak perlu lembut gigi dari lidah
apabila bercakap. Kami mohon satu aje. Satu aje.
Cukuplah, kau jujur dengan apa yang kau ucapkan.
Cukup hanya dengan jujur.
* ohh entry ini tidak ada kena mengena dengan yang masih benafas mahu pun tidak. ini sekadar omongan kosong di tengah hari yang sedikit terik.
0 comment(s):
Post a Comment