Thursday, January 10, 2013

#Buku

Untuk Semua Dosaku; Rin Ahmad


Seperti yang dijanjikan untuk Rin Ahmad (baca: anak murid) yang paling awwsem dalam dunia !

I know it's kinda late.. better late than never, kan? Oke, ini bukan review. Bukan review. Ini cuma apa-yang-aku-rasa masa baca buku ni. 

Frankly, Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad ni memang satu bahan bacaan yang baik. Terbaik sebenarnya. 

Banyak ilmu yang kita boleh belajar dari Mister sexy-smart-beard Syed Azri dan Miss cheeky-yet-sexylicious Nur Lisa. Bukan setakat dipamerkan sisi 'jahat' semata, sisi baik juga tak kurang banyaknya. 

Bukan senang nak berubah dari aku-tak-kisah-dosa-pahala to i-know-it-is-damn-wrong-and-i-wont-repeat-it-ever-again. Dengan mentaliti orang sekeliling yang suka menghukum tak kira masa, tak kira tempat. 

Lagi bertambah perit apabila orang yang kita sayang, orang yang kita cinta bagai nak mati, bertindak sama sahaja macam orang luar; menghukum tanpa alasan yang kukuh dan langsung tak bagi peluang untuk kita berterus terang. 

Tak patut, oke. Sangat tak patut!

Nak buat benda baik ni memang susah. Sangat susah. Mana nak tepis nafsu diri sendiri lagi, hasutan syaiton nirrojim lagi. Kan? 

Biasalah, apabila nak buat benda baik, banyaklah ujian yang diturunkan. Patutnya, kita ambil sebagai semangat untuk lebih kuat bukannya apabila 'gedebuk' terus nak putus asa. Jangan! Jangan putus asa!

Tapi.. kan Allah dah kata kalau kita nak berubah jadi yang lebih baik, Dia akan turunkan orang-orang yang baik di sekeliling kita. Yakin dengan segala kententuan Dia, and everything gonna be fine. Jangan risau. Allah tak pernah kejam dengan kita. Kita aje yang kejam dengan diri kita sendiri apabila kita sendiri menidakkan apa yang disuruh dan mengiyakan apa yang dilarang. 

So, kalau nak tahu macam mana Rin Ahmad cerita fasal Nur Lisa dan Syed Azri.. kenalah baca Untuk Semua Dosaku ni. Karang kalau cerita lebih-lebih, tak syoklah pulak ;)

Nak baca karya awwsem Rin Ahmad ? Blog : Karya Lepak