
Persahabatan kita hanya sekejap cuma, tetapi sudah diselangi pelbagai rasa. Rasa itu, hanya kita sahaja yang alami. Makin hari, perasaan itu makin mendalam. Tapi, adakah kau orangnya ?
"Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku."
Masa kian berdetik tanpa menunggu kita berbuat apa-apa. Kadang ku rasa, kau lah orangnya. Kadang perasaan ini berubah. Hati kita, Tuhan yang pegang. Jadi, aku serahkan segalanya pada Tuhan. Setiap yang ditakdirkan olehNya, sentiasa ada hikmah disebaliknya.
"Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah, satukan hati kami. Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya. Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya."
0 comment(s):
Post a Comment